Isnin, 30 Mac 2015

piramid makanan

Nama-nama malaikat dan tugasnya

Nama-nama Malaikat dan tugasnya


1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka
10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga
Allah S.W.T. berfirman, “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …” (QS. Al Baqarah : 177)
“Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya” (QS. An Nisaa’ : 136)
Rasulullah S.A.W. bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman,
“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya” (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu)
Dalam hadits shahih yang lain Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian” (HR. Muslim no. 2996, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)

MENGENAL BUNYI HAIWAN


99 NAMA ALLAH (ASMAUL HUSNA)

Mari belajar AEIOU


Isnin, 16 Mac 2015

lagu "BELAJAR MENGIRA"


LAGU ALIF, BA, TA


Doa Qunut Untuk Kanak-kanak


LAGU ABC


kalau rasa gembira ntepuk tangan


Kanak-kanak berumur 4 tahun

Kanak-kanak berumur 4 tahun

Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun digelar kanak-kanak pra-tadika.

Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan.
Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu, tanpa terlalu terikat dengan ibubapa. Mereka lebih berdikari berbanding ‘toddler’ dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik.

Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibubapa atau orang yang penting bagi mereka. Anda boleh melihat mereka akan menguji anda banyak kali pada usia begini. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan.

Pada usia begini, mereka mungkin masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. Disebabkan perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat, mereka mungkin sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka perlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka kenal larangan dan perangai yang boleh diterima.




Kanak-kanak 3 Tahun
Perkembangan Fizikal – Kanak-kanak 3 tahun menunggang basikal roda tiga, menangkap bola, serta membina menara blok setinggi 6-9 tingkat. Mereka juga boleh berjalan menjengket dan melompat ke depan. Mereka sudah pandai bermain objek-objek kecil seperti ‘puzzles’ dan guli serta suka bermain ‘finger painting’. Mereka membesar sehingga 3 inci setahun.

Perkembangan Sosial dan Emosi – Mereka perlu tahu peraturan yang jelas dan tetap dan akibat dari melanggar peraturan tersebut. Mereka teruja dengan mainan lakonan atau drama dengan kanak-kanak lain. Emosi mereka selalunya ekstrim dan singkat. Mereka perlukan galakan untuk menyatakan perasaan dengan perkataan. Pada usia begini juga mereka mula belajar berkongsi.

Perkembangan Kepintaran – Pada usia begini mereka lebih berkesan belajar dengan cara membuat sendiri sesuatu perkara. Mereka perlukan aktiviti yang pelbagai. Mereka perlukan ruang yang cukup di dalam bangunan dan di luar untuk aktiviti mereka. Keseimbangan antara aktiviti-aktiviti sunyi dan aktiviti-aktiviti aktif adalah perlu untuk perkembangan yang seimbang. Mereka juga mula pandai berkomunikasi mengenai kehendak, idea dan persoalan. Masa penumpuan mereka yang semakin panjang membolehkan mereka menyertai aktiviti-aktiviti berkumpulan.

Perkembangan Kanak-kanak – 4 Tahun

Perkembangan fizikal
Mereka boleh berlari menggunakan hujung kaki. Mereka juga berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh bergantungan di ‘monkey bar’, melompat dengan satu kaki, ‘rope skipping’. Mereka juga boleh membaling bola.
Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Mereka boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan objek tertentu. Mereka gemar membuka zip, ‘velcro’ atau magnet dan membuka butang baju. Kadang-kadang mereka mahu mengenakan butang baju anda. Mereka juga sudah mula mahu mengenakan pakaian dengan sendiri. Mereka gemar memasang tali kasut sendiri, mula menggunakan gunting, mula boleh menulis secara kasar. Semasa bermain mereka amat aktif dan lebih agresif.

Perkembangan Sosio-emosi
Kadang-kandang mereka mengadakan kawan bayangan. Mereka memuji diri sendiri dan suka mengarah. Imaginasi mereka amat aktif.
Pada umur begini mereka perlu merasa penting dan dihargai. Mereka mungkin agresif, tetapi tetapi perlukan kawan-kawan untuk bergembira dan bermain bersama-sama. Mereka gemar berlakon sebagai orang dewasa yang penting bagi mereka seperti ibu, bapa, doctor, jururawat, posmen, polis dan guru. Mereka menghargai pujian untuk pencapaian mereka.
Kanak-kanak berumur 4 tahun perlukan ruang untuk merasa bebas dan berdikari. Mereka juga belajar menunggu giliran dan berkongsi. Permainan dan aktiviti-aktiviti lain boleh membantu mereka untuk belajar mengenai mengambil giliran.

Perkembangan Kepintaran
Mereka bertanya banyak soalan, tentang ‘macamana’ dan ‘kenapa’. Mereka banyak bercakap. Bahasa mereka akan termasuk juga perkataan yang tidak sesuai. Mereka gemar topik perbincangan yang serius. Mereka sudah boleh faham konsep-konsep asas seperti nombor, saiz, warna, tekstur, jarak, masa dan posisi objek. Kemahiran membeza dan menyisih serta kemahiran berfikir mereka semakin berkembang baik.

 

contoh gambar bahan bantu mengajar di dlm kelas

 
kad gambar 

akuarium mini 


 
kipas hikmat

 
penyangkut huruf jawi

 
penyangkut duku kata

 
buku bacaan


PENGAJARAN PRASEKOLAH


D20112055298- MAKRO PENGAJARAN PRASEKOLAH



Video Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah2


Video Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah


Isnin, 9 Mac 2015

Rangsang Anak Bijak Bergaul

Rangsang Anak Bijak Bergaul

Kanak-kanak mempunyai pelbagai karektor. Ada yang jenis pemalu sukar bercampur gaul dengan rakan sebaya, ada yang terlalu peramah hingga menyebabkan rakan terasa rimas, ada juga yang suka mengacau sehingga membuatkan orang lain tidak suka berkawan dengannya.
Apakah jenis karektor anak anda? Sebenarnya perkembangan sosial si manja boleh dirangsang oleh ibu bapa sendiri. Bersosial tidak hanya meliputi kemahiran bercakap dan bagaimana untuk mendapatkan kawan. Ia meliputi etika dan tata cara yang betul dalam pergaulan seharian. Pelajari cara-caranya!
*Berikan perhatian
Kanak-kanak sering menunjukkan masalah sosial dan perkembangan yang tidak normal apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Cuba tambah sesi bermain bersama, berkomunikasi dan kurangkan penggunaan perkataan “tidak” atau “jangan”. Berikan mereka peluang meneroka persekitaran.
*Rakan bermain
Sekiranya anda keluar bersantai minum petang bersama rakan, rancang sekali perjumpaan anak anda dengan anaknya (sebaya atau usia tidak jauh beza) supaya mereka boleh bermain bersama. Biarkan mereka berkenalan dan bermain bersama sementara anda dan rakan dengan aktiviti orang dewasa.
*Bawa keluar
Bawa si kecil ke majlis atau tempat yang mempunyai ramai orang. Contohnya, majlis keramaian atau perpustakaan. Kanak-kanak akan menyerap apa yang dilihat. Mereka boleh melihat dan mendengar pelbagai jenis komunikasi. Bawa juga anak bermain di taman permainan. Sambil bermain, mereka akan belajar bergaul dengan kanak-kanak lain. Si kecil perlu dilatih untuk berkongsi, menyelesaikan konflik sesama rakan sebaya serta menikmati keseronokan bermain bersama.
*Berlakon bermain
Luangkan masa bersama untuk mencipta satu permainan suasana. Misalnya anda melakonkan watak tertentu dan dia pula memegang peranan watak yang perlu berkomunikasi. Sebagai contoh, anda melakonkan watak pesakit dan anak menjadi doktor atau jururawat. Gunakan dialog yang sopan, perkataan yang mudah dan suasana yang mesra dan ceria. Ia melatih anak menjadi kreatif dan bijak bersosial.
*Kelas hujung minggu
Kini ada banyak kelas bersosial khusus untuk kanak-kanak pada hujung minggu. Anda boleh pilih mana-mana yang sesuai mengikut minat dan personaliti si manja seperti kelas memasak, kelas kraf, kelas berenang dan sebagainya. Selain belajar kemahiran berkomunikasi, mereka juga menimba ilmu yang bermanfaat.

 

Apa Itu Time Out?

Apa Itu Time Out?

Biasanya apabila anak melakukan kesilapan, kita akan mengenakan denda ke atasnya. Denda paling mudah tetapi tidak digemari oleh anak adalah ‘time out’ atau sudut renungan Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘time out’?
Ada ibu bapa yang mengaplikasikan cara ini tatkala hendak menghukum anak atas kesilapan yang dilakukan. Apabila anak berbuat silap, dia akan diminta ke satu tempat atau sudut rumah dalam tempoh masa tertentu bagi ‘muhasabah’ diri kesalahan yang telah dilakukan.
Sebenarnya ia bertujuan untuk mendidik anak agar insaf dan enggan mengulang lagi kesalahan yang mereka lakukan kerana perlu berada di sudut renungan tanpa boleh membuat perkara yang mereka gemari.
‘Time out’ juga salah satu cara mengelakkan ibu bapa mengenakan hukuman fizikal ke atas anak yang membuat kesalahan. Ia boleh membuatkan anak berfikir kembali mengapa dia tidak boleh melakukan hal tersebut. Mungkin pertama kali menjalani ‘time out’ anak akan menangis tetapi ini adalah salah satu cara mereka belajar mengendalikan diri.
Sudut renungan ini merupakan salah satu cara anak belajar mengendalilkan diri serta mempelajari erti tanggungjawab dan konsekuensi dari perilaku kurang menyenangkan yang dilakukan. Adakah cara ini efektif? Sebenarnya ia bergantung kepada beberapa hal seperti usia anak, kemampuan memahami perintah secara verbal atau non verbal.
Sistem denda ini kurang efektif jika dikenakan ke atas anak yang berusia di bawah dua tahun.Bahkan sebelum melakukan ‘time out’, ibu bapa harus menerangkan kepada anak sebab dan mengapa dia harus menjalani denda tersebut. Dengan itu, anak akan memahami proses serta maksud dan tujuan ibu bapa melakukan hal tersebut.
Anda juga mesti mengambil kira faktor lokasi, masa dan intonasi suara ketika mengarahkan ‘time out’ dijalankan. Intonasi suara hendaklah tenang tetapi tegas, jangan mengeluarkan suara yang tinggi seperti marah kerana ‘time out’ bukanlah satu hukuman.
Lokasi bagi menjalankan sesi ‘time out’ juga mestilah tempat yang selamat, bersih dan mudah diperhatikan oleh ibu ayah. Jangan sekali-kali menggunakan bilik gelap yang bertutup untuk mengenakan denda sudut renungan ini.
Sementara masa untuk menjalani ‘time out’ juga perlu mengambil kira usia anak tersebut. Biasanya ‘time out’ dikira mengikut masa seminit untuk satu tahun usia anak. Bermakna jika anak anda dalam usia prasekolah, ‘time out’ mereka antara lima hingga enam minit.
Dalam melaksanakan ‘time out’, ibu bapa perlu tegas dan konsisten dengan apa yang dilakukan. Misalnya jika sudah ditetapkan masa selama enam minit, jangan sekali-kali membebaskan anak sebelum cukup masa tersebut.
Selepas si kecil selesai melalui denda tersebut, kita boleh berbincang dengannya dan memberitahu mengapa dia perlu menjalani ‘time out’.  Sesi berbincang ini secara tidak langsung turut memberi peluang kepada anak untuk membela diri agar kita tahu mengapa dia melakukan kesalahan tersebut di samping kita memberikan nasihat dan sebab dia tidak boleh mengulang kesalahan itu.

Anak Mula Bercakap Kasar

Anak Mula Bercakap Kasar

Pernahkah anda mendengar si kecil yang sudah melangkah ke prasekolah mengeluarkan kata-kata kasar apabila bermain bersama kawan-kawannya atau ketika di rumah? Tentu anda terkeju kerana tidak menyangka si kecil sudah boleh mengeluarkan kata-kata kasar yang sememangnya tidak pernah diajar.
Perilaku anak-anak yang sudah bersekolah dan bersosial dengan pelbagai jenis kawan-kawan mendedahkan mereka dengan pelbagai perkara positif dan negatif. Sebagai ibu bapa, kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini.
Ia sebenarnya adalah perkara normal yang akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak usia prasekolah. Mereka umpama sebuah span yang akan menyerap apa sahaja perkara baharu yang mereka pelajari tanpa mengetahui ia baik atau buruk.
Kanak-kanak usia ini terkenal sebagai golongan yang sangat cepat meniru apa sahaja perbuatan orang lain tanpa mengetahui apa yang ditiru itu betul atau salah. Maka tidak hairanlah mereka mudah mengikut apa yang ada di sekeliling seperti ahli keluarga, kawan-kawan sekolah dan rancangan televisyen yang ditonton.
Jadi, apakah cara terbaik mengendalikan anak sedemikian? Sudah tentu kita tidak boleh melarang mereka bercampur gaul dengan kawan-kawan yang memberikan pengaruh negatif kepadanya ketika di sekolah kerana kita boleh menemankannya sepanjang masa ketika dia bersekolah.
Cara terbaik yang boleh dilakukan oleh ibu bapa iaitu menjelaskan kepada si anak bahawa bercakap kasar atau berperangai buruk tidak baik, salah dan ia perbuatan yang kurang sopan. Jika anak pertama kali mengeluarkan kata-kata kasar tersebut, kita tidak boleh terus memarahinya. Sebaiknya ibu bapa bertanyakan dari mana dia mendengar kata-kata tersebut.
Setelah itu, tanyakan sama ada dia faham atau tidak maksud kata-kata tersebut kerana ada kes di mana anak langsung tidak tahu maksud kata-kata yang diucapkan. Selepas mendengar penjelasan daripada anak, kita berikan penjelasan kepadanya mengapa dia tidak boleh menggunakan perkataan kasar tersebut.
Percayalah, selepas mendengar penjelasan kita pasti anak tidak mahu mengulang perbuatannya kerana tidak mahu menjadi anak yang tidak disukai oleh kawan-kawan. Sememangnya perilaku anak banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh itu sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan mengenali dengan siapa dia berkawan.
Ibu bapa perlu sentiasa mendampingi anak dan menjelaskan kepadanya bermacam perkara yang positif dan negatif supaya dia ada info dan ilmu dan seterusnya semakin bijak membuat pilihan dan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran apabila dia semakin dewasa.

Pendekatan Psikologi Dalam Mendidik Anak

Pendekatan Psikologi Dalam Mendidik Anak


Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

1. “Buatlah Pilihan Sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.

“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama Sayang Kakak, Tapi Cara Kakak Tu Tak Betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh Kakak Tolong Mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.

4. “Apa Sebenarnya Yang Kakak Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.

Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Kakak Kena Faham. Tidak Semua Orang Sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.

Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.

Cara mendidik kanak-kanak di dalam islam

Cara mendidik kanak-kanak di dalam islam 

Pengakhiran yang baik bermula dengan permulaan yang baik. Tetapi permulaan yang buruk, tak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. Selamat berfikir.
Comel dan menghiburkan, tidak tahu apa-apa, belum kenal erti hidup, sentiasa ceria seakan tiada masalah yang berlaku. Kata ungkapan yang sesuai di berikan kepada kanak-kanak di luar sana. 
Teringin rasanya menjadi kanak-kanak kembali. Tetapi ini semua mustahil. Masa itu sentiasa ke depan dan tidak akan berpatah balik. Inilah kehidupan.
Bagaimana nak melayan kanak-kanak di dalam Islam 
* Dekatkan kanak-kanak kepada sunnah dan kenal kan mereka dengan Rasulullah.
* Bawa mereka ke majlis-majlis ilmu dan dekatkan mereka kepada ahli ulamak.
  • Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara baik. Jadinya di waktu inilah kita perlu didik mereka sebaiknya. Seperti kita tahu, budak-budak ibarat kain putih kan. So, kita lah yang akan mencorakkan mereka. Benar bukan???
* Jangan marah kanak-kanak andai mereka melakukan kesalahan.
  • Biasalah, kanak-kanak melakukan kesalahan bukan. Allah juga tidak mengambil kira kesalahan mereka. Di sebabkan itu, kita jangan marah mereka andai mereka melakukan kesalahan sebaliknya kita haruslah didik mereka secara berhemah. 
* Tegur mereka dengan berhemah dan selitkan pengajaran yang baik.
* Layan mereka seperti orang dewasa. 
  • Untuk pengetahuan korang, Rasulullah melayan kanak-kanak seperti orang dewasa. Bukan macam kita, mencubit pipi budak yang berumur 10 tahun sedangkan ada setengah kanak-kanak tidak suka diri mereka di perlakukan sedemikian rupa. Jadi, cuba melayan kanak-kanak macam kita melayan orang dewasa.
Begitulah apa yang relax faham dengan apa yang di dengar di TV tadi. Di sebabkan maklumat ini di tulis oleh orang yang kedua iaitu relax dan bukan yang pertama iaitu orang di dalam TV tadi. So, maklumat ini di sampaikan berdasarkan pemahaman ku dan maaf ku ucapkan andai ada salah dan silap. Tegur ku juga andai maklumat ini salah.

Cara Nabi Muhammad melayan kanak-kanak

Cara Nabi Muhammad melayan kanak-kanak


Salah satu sikap tidak baik yang sering kita tunjukkan kepada anak- anak adalah sikap kasar kerana mereka melakukan kesalahan. Padahal mereka belum mumayiz iaitu belum boleh membezakan antara yang baik dan tidak baik.

Rasulullah S.A.W pernah menggendong seorang anak dari sahabatnya dan baginda S.A.W memeluk serta menciumnya.

Tidak berapa lama kemudian, anak kecil itu buang air dan menjadi kotor dan bernajis lah pakaian Rasulullah S.A.W . Melihat kejadian itu, orang tua si anak segera mengambil secara kasar dan menyebabkan anak itu menangis kerana merasa diperlakukan kasar.

Seketika Rasulullah menghampiri sahabatnya itu dan bersabda.."Air kencing anakmu dengan mudah boleh aku hilangkan dengan membersihkannya, tpi sikap kasarmu terhadap anakmu tadi akan terus berbekas diingatannya dan sulit untuk dihilangkan".

Subhanallah..Rasulullah S.A.W adalah insan teragung yg sangat mulia hati dan budi pekertinya...